Tuesday, December 20, 2016

seMentaRa maSih teRbUka

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA::

Menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,
"Telah HILANG lah PINTU SYURGA di RUMAH saya..."
Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.
Apakah maksud PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ??
Ini satu PERKATAAN orang berILMU, orang yang MENGETAHUI !!

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
“TIDAK lah aku MENANGIS karena KEMATIAN, kerana yang HIDUP pasti akan MATI !!*Akan tetapi yang *MEMBUAT ku MENANGIS kerana dahulu aku memiliki DUA PINTU ke SYURGA... 
Maka TERTUTUP*lah *SATU PINTU pada HARI INI dan TIDAK akan di BUKA sampai hari KIAMAT !! 
Aku memohon pada ALLAH SWT agar aku boleh menjaga pintu SYURGA yang keDUA ”.

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda Rasulullah SAW dari Abu Darda RA  Rasulullah SAW bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
ORANG TUA ( ibu & ayah) adalah PINTU SYURGA paling tengah. 
Kamu boleh SIA-SIA kan pintu itu atau kamu MENJAGA nya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua IBUBAPA kita adalah ibarat PINTU SYURGA bagi setiap ANAK, dengan maksud jika kita BERKHIDMAT kpd KEDUA nya, BERBUAT BAIK kpd *KEDUA*nya...
Maka ALLAH akan beri ganjaran SYURGA !!
TETAPI siapa MENSIA-SIA kan PELUANG ini, TIDAK berbuat baik pada IBUBAPA*nya, akan *TERLEPAS PELUANG ke SYURGA !!
Bahkan mereka itu CELAKA  !!

Rasulullah SAW bersabda,
"CELAKA, CELAKA, CELAKA " 
Lalu ditanyakan pada Baginda, SIAPA (yang celaka) wahai Rasulullah ??

Maka Baginda bersabda :
"SIAPA saja yang menjumpai KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA, akan TETAPI (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga." (HR. Muslim)

Saya nak mengajak kamu semua agar TIDAK MENSIA-SIA kan peluang PINTU SYURGA yang ada di RUMAH kamu, LEBIH-LEBIH lagi jika USIA KEDUA ORG TUA telah lanjut, MELANGKAH lah ke PINTU itu dengan BERBUAT BAIK kpd KEDUAnya. Sebelum kita meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA. JANGAN abaikan PINTU SYURGA yg diibarat kepada IBUBAPA yang ALLAH KURNIAkan dirumah kita.

Dalam hidup kita, ALLAH buka banyak kesempatan untuk ke SYURGA, samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU meREBUT*nya atau TIDAK !! KEMUDIAN ALLAH ambil balik SATU demi SATU peluang ini, MAKA TERTUTUP lah SATU lepas SATU kesempatan untuk ke SYURGA melalui pintu KETAATAN keatas IBUBAPA kita !! MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA untuknya, TETAPI mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat KEMBALI nya IBU atau BAPA bagai TERTUTUP nya PINTU SYURGA di RUMAH nya .

SANTUNI lah IBUBAPA mu sementara mereka MASIH ADA, sementara PINTU SYURGA di RUMAH mu MASIH TERBUKA !!

SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT SEKALIAN SEBAGAI INGATAN SEMOGA JADINYA KITA ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH (.)

SEMOGA BERMANAFAAT...💕💕💕