Saturday, August 6, 2016

JgN raSe diRi BAIK

*JANGAN MERASA DIRI BAIK*

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman didalam al-Quran, surah an-Najm ayat 32 ;

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

"Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya" iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

-Dakwahkasihsayang️