bahan2 :
10 biji telor
(asingkan putih dengan kuning)
~ mesti ade sebab kenapa kte perlu asingkan putih n kuning, kan?! hanya pemberi resepi yg tahu kenapa. pembace resepi kne tahu selepas ngetez resepi! heheheheheeee.... ~
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair
(boleh digantikan dengan 1 tins Nestle cream)
1 biji limau sunkist
(kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
~ boley ganti ngn jus oren jer ke nie? ~
1 sudu teh esen oren
~ ade jugek? lorrhhhhhh ~
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuatnya :
Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih.
Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.
Pukul putih telor bersama baking powder hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.
Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata.
Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang.
Kukus hingga masak.