Friday, September 26, 2014

naSiHat paGi juMaaT

7 Perkara Yang Mesti Dilakukan Semasa Dalam Kesusahan

1. Solat
Pastikan kita bersolat lima waktu pada awal waktu. Bersolatlah dengan penuh khusyuk dan yakin, seolah-olah itulah solat kita yang terakhir.


2. Membaca Al-Quran
Dengan membaca Kitab Al-Quran ini, jiwa akan menemui ketenangan, walau sesukar manapun situasi kita.


3. Doa.
Terutamanya doa menghilangkan kegusaran dan kegelisahan.


4. Sedekah
Memberilah sebanyak yang mungkin, seberapa yang kita mampu kerana sedekah menghalang kesulitan. Sedekah boleh juga diberikan dalam bentuk senyuman, kata-kata yang baik dan kudrat.


5. Tetapkan matlamat dan visi
Jangan biarkan syaitan menguasai minda sehingga kita terlalu memfokus kepada kesusahan yang kita alami. "Move on", teruskan ke peringkat yang seterusnya.


6. Bangun awal
Seeloknya sebelum Subuh dan pada masa inilah waktu yang paling sesuai untuk memikirkan idea-idea dan langkah-langkah kita seterusnya.


7. Kesusahan yang dihadapi bukan bermaksud kekalahan.
Allah tidak akan lupa segala kesusahan yang kita hadapi.
~~~~~

Teruskan berusaha untuk keluar daripadanya. 
Percaya dan yakin!