Perkembangan
Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak
1 - 12 Bulan
Kanak-kanak
berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka
adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum
berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang
sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka
meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk
mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di
sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur,
bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara
ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.
1
– 2 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL & BERMAIN
|
· Terkejut
dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti
merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk
|
· Menangis
apabila lapar dan tidak selesa
· Pada
umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
|
· Tidur
pada kebanyakan masa
· Senyum
dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seperti aaa) pada
umur 5-6 minggu
· Berhenti
menangis bila di angkat dan bercakap dengannya
|
Nota
: Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan
terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.
3 – 5 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL BERMAIN
|
· Masih
terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
· Senyap
dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
· Senyap
apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
· Berpaling
pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk
mencari sumber bunyi.
· Teruja
dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air
mengalir dan sebagainya.
|
· Melakukan
banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)
|
· Memandang
muka ibu semasa makan/menyusu
· Mula
memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang
biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya
|
6
– 8 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL BERMAIN
|
|
· Melakukan
vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata
seperti (a-a, muh, goo, adah, dsbg)
· Ketawa
dan menjerit dengan gembira ketika bermain
|
· Boleh
mengambil dan memegang mainan yang kecil
· Kebanyakannya
menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan
· Mencapai
mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya
· Masih
mesra dengan orang yang tidak dikenali
· Mula
takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan
|
9
– 11 BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL BERMAIN
|
· Memberi
tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar
|
· Melakukan
babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam,
dad-dad, agaga, ababa) secara berulang ulang
· Faham
ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.
· Meniru
bunyi vocal orang dewasa
|
· Memegang,
menggigit dan mengunyah biskut
· Cuba
memegang sudu ketika makan
· Dapat
membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali
· Memasukkan
objek ke dalam mulut
· Bermain
‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan
· Mencari
mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak
melihat
|
12
BULAN
PENDENGARAN
|
PERTUTURAN
|
SOSIAL BERMAIN
|
· Menoleh
apabila nama dipanggil
· Memahami
beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga,
susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami
arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?,
cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)
|
· Menyebut
bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi
mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru
bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang
disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami
kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula
menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
|
· Kurang
memasukkan objek ke dalam mulut
· Meniru
orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam
kotak dan mengeluarkannya)
· Menyukai
permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
· Mencari
objek yang hilang dari pandangan
· Ingin
sentiasa bersama-sama orang yang dikenali
|
Ini
adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan
kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah
laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah
laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti
masalah yang mungkin.
https://www.facebook.com/ibubapacemerlang