Wednesday, April 30, 2014

Pre-VerBaL ComMuniCatioN

cakap omputih nooooo... harharharharrr! 
keep reading guyz! somethn new... 

SEBELUM PERKATAAN PERTAMA 
Kemahiran yang perlu ada pada kanak-kanak 
(0-12 months)

Secara purata, kanak-kanak mula bercakap atau menyebut perkataan pertama ketika mereka berumur lebih kurang 1 tahun. Tetapi, adakah anda tahu bahawa sebelum mereka mula bercakap, terdapat beberapa kemahiran yang perlu mereka kuasai. Ianya dipanggil kemahiran pra-pertuturan (Pre-verbal skills). Antara kemahiran-kemahiran pra-pertuturan yang boleh kita lihat adalah seperti berikut :

1) TUMPUAN (Attention)


Kanak-kanak mesti mempunyai daya tumpuan atau fokus yang baik terhadap objek atau orang lain untuk mereka belajar sesuatu. Daya tumpuan juga penting untuk mereka belajar dari setiap pengalaman yang mereka lalui. Daya tumpuan termasuklah:
  • Berpaling ke arah objek atau orang
  • Memandang pada objek
  • Mengekalkan pandangan pada objek untuk satu jangkamasa
  • Mengekalkan minat pada sesuatu objek atau aktiviti untuk satu jangkamasa. Tumpuan akan meningkat seiring dengan umur kanak-kanak

2) KONTEK MATA (Eye Contact)


Kontek mata adalah kemahiran asas yang dilakukan oleh bayi seawal selepas kelahiran. Kontek mata membolehkan kanak-kanak untuk fokus kepada muka setiap orang dan objek disekelilingnya. Kanak-kanak memerlukan kemahiran ini untuk melihat pergerakan mulut orang yang bercakap dengannya dan cuba untuk meniru pergerakan tersebut. Kontek mata juga membolehkan mereka untuk belajar ekspresi-ekspresi bukan verbal seperti ekspresi muka untuk perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya.


3) MENGAMBIL GILIRAN (Turn Taking)


Kemahiran mengambil giliran adalah kemahiran asas untuk seseorang berkomunikasi dan berinteraksi. Kemahiran mengambil giliran awal yang boleh dilihat pada kanak-kanak seperti membaling dan menangkap bola secara bergilir-gilir akan mengajar mereka untuk memberi respon ketika berinteraksi bersama orang lain. Apabila mereka membesar dan mula bercakap, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memberi respon atau melakukan sesuatu yang diarahkan oleh orang dewasa kepada mereka.


4) MENIRU (Imitation)


Terdapat 2 jenis jemahiran meniru iaitu meniru pergerakan motor dan meniru penghasilan bunyi. Untuk meniru, kanak-kanak perlu mempunyai 3 kemahiran penting iaitu kemahiran mengambil giliran, daya tumpuan dan kontek mata yang baik. Kanak-kanak akan meniru pergerakan motor terlebih dahulu kerana ianya melibatkan pergerakan fizikal dan lebih mudah dilakukan contohnya seperti melambaikan tangan untuk aksi “bye-bye”. Seterusnya kanak-kanak akan mula meniru bunyi sebutan perkataan selaras dengan aksi seperti melambai tangan dan menyebut “bye-bye”.


5) KEMAHIRAN BERMAIN (Play Skill)


Kanak-kanak perlu meneroka dan belajar tentang setiap objek yang berbeza di sekelilingnya sebekum mereka dapat menggunakannya dan seterusnya melabel objek tersebut. Terdapat beberapa peringkat untuk kanak-kanak menguasai kemahiran bermain. Jika kita perhatikan, kanak-kanak belajar menggunakan sesuatu permainan melalui ‘trial and error’, contohnya mereka cuba menekan butang pada permainan dan melihat apa yang terjadi. Mereka juga melihat dan mengikut tunjuk ajar daripada orang dewasa jika mereka gagal melakukannya.

Kanak-kanak bermula dengan menggunakan objek harian mereka seperti menggunakan cawan untuk minum, menggunakan sikat untuk menyikat rambut dan sebagainya. Seterusnya mereka akan melakukan permainan simbolik contohnya menggunakan pisang sebagai telefon. Kemahiran bermain ini akan terus berkembang. Apabila mencecah umur lebih kurang 2 tahun, mereka akan mula bermain ‘role playing’ atau yang biasa kita gunakan ‘main pondok-pondok’ contohnya seperti berlakon menjadi ibu atau bapa.


6) KEMAHUAN BERKOMUNIKASI (Intention)


Kanak-kanak mestilah mempunyai kemahuan dan sebab untuk berkomunikasi. 

Sebagai contoh:


  • Mendapatkan perhatian kepada diri sendiri
  •  Mendapatkan perhatian untuk sesuatu perkara, objek atau orang lain
  •  Meminta sesuatu objek atau pertolongan
  •  Mendapatkan maklumat
  • Greetings
  •  Membantah atau menolak sesuatu
  •  Memberi tahu sesuatu perkara dan juga menjawab soalan


Kesemua kemahiran-kemahiran tersebut akan terus berkembang dan terus digunakan oleh kanak-kanak


https://www.facebook.com/ibubapacemerlang

bFeS @ iHSaN

Santai2 bfes ngn pengetua sma al-ihsan
kemahhh bozzzzz...!
bukti erkk da sampai kat sma nie. ahaksssss! (nyorok ler plok blkg bndera...) 
nasi lemak wehhhhh....

Tuesday, April 29, 2014

peRKeMbaNgan AnaK2...

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak
 1 - 12 Bulan

Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.

1 – 2 BULAN

 

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk


·   Menangis apabila lapar dan tidak selesa
·   Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
·    Tidur pada kebanyakan masa
·    Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seperti aaa) pada umur 5-6 minggu
·    Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya

Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.

3 – 5 BULAN


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL BERMAIN
·  Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
·  Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
·  Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
·  Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.
·  Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.
·   Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)             
·    Memandang muka ibu semasa makan/menyusu
·    Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya                          

 6 – 8 BULAN


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL BERMAIN

  • ·  Berpaling kepada suara ibu di bilik yg berasingan


·   Melakukan vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata seperti (a-a, muh, goo, adah, dsbg)
·   Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain


·    Boleh mengambil dan memegang mainan yang kecil
·    Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan
·    Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya
·    Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali
·    Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan

9 – 11 BULAN
  

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL BERMAIN
· Memberi tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar
· Melakukan babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam, dad-dad, agaga, ababa) secara berulang ulang
· Faham ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.
· Meniru bunyi vocal orang dewasa

·    Memegang, menggigit dan mengunyah biskut
·    Cuba memegang sudu ketika makan
·    Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali
·    Memasukkan objek ke dalam mulut
·    Bermain ‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan
·    Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat

12 BULAN


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL BERMAIN
· Menoleh apabila nama dipanggil
· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)


· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
·    Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
·    Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)
·    Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
·    Mencari objek yang hilang dari pandangan
·    Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali

Ini adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah yang mungkin.

https://www.facebook.com/ibubapacemerlang


Monday, April 28, 2014

KaSi cuCi beRsiH

Xder aroh ler...

monDaY... aGaiN?

monday bluezzzzzz...???!!!

Sunday, April 27, 2014

buDok kuaT maKaN!

budok kuat makan...!

ijaU... saMb...

Hik555...

Saturday, April 26, 2014

kuLihaT iJaU...!

Pntng nmpok erfan bju kaler ijau... ppa kmpem sebok nk sama ngn erfan jugok!

tGk jeR maMpU

Lps dpt tahu jer bpe rm terus tkedu. Ahaaaakksss... ade ati nk jadi fmly wolkgn... mimpi wokeyyy!

Friday, April 25, 2014

TaZkiRaH jMt

InsyaAllah...

aRi aKHir suDaaa...

Ari terakhir tsukO @ pentdbiran awam. Selamat bersara dato duan. Moga kehidupan akan dtg lebey bahagia n dikurniakan kesjhteraan selalu. InsyaAllah...

Thursday, April 24, 2014

haLaL

Ati2 kawan2 seme... insyaAllah

Tuesday, April 22, 2014

DaTo sPeaKer meLaWat

Kbetulan btul aku ade stndby kt atas nie. Legaaaa... alhamdulillah. Seme under control blake...

JoM baCe!

Brenti kje jp... n bace bersama... 10 minit jer! (bace ke dop?)

Monday, April 21, 2014

SeDekaH

InsyaAllah... mga niat yg ada dipermudahkan utk dlaksanakan... ammiinnnn

Sunday, April 20, 2014