Tuesday, July 9, 2013

peRaSan doP.?! - reNunGan beRsaMa

PERASAN TAK?... Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya
PERASAN TAK?... 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen
PERASAN TAK?... Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung
PERASAN TAK?... Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan
PERASAN TAK?... Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang
PERASAN TAK?... Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah
PERASAN TAK?... Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar

Ada 3 hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

Ya اللّه,  semoga kte seme akan mnjdi insan yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang. -  InsyaAllah... :)