RAMADAN SEDANG BERKEMAS...😭
Kulihat Ramadan sedang berkemas...
Lalu aku bertanya, "Wahai Ramadan, engkau mahu ke mana?"
Ramadan menjawab dengan lembut,
"Aku akan pergi jauh... sangat jauh, selama 11 bulan.
Tugasku di sini hampir selesai.
Sebentar lagi aku akan meninggalkanmu."
Kemudian Ramadan berkata lagi,
"Terima kasih kerana telah menyambut kedatanganku dengan gembira.
Terima kasih kerana menghidupkan malam-malammu dengan doa, zikir dan solat. Terima kasih kerana berusaha menahan lapar dan dahaga demi mencari redha Allah."
"Aku melihat ada yang menangis dalam sujudnya,
ada yang bersedekah tanpa diketahui sesiapa, ada yang kembali membuka Al-Quran setelah lama meninggalkannya.
Semua itu menjadi saksi bahawa hatimu masih mencintaiku."
Ramadan lalu berpesan, "Janganlah engkau berubah setelah aku pergi. Teruskan solatmu, teruskan membaca Al-Quran, teruskan berbuat baik kepada manusia.
Jangan hanya mengenal allah ketika aku datang sahaja."
"Aku akan pergi sebentar, tetapi kenanganku akan tinggal di hatimu.”
"Jika suatu hari nanti engkau merindui aku... angkatlah tanganmu dan berdoalah kepada Allah."
"Berdoalah semoga umurmu dipanjangkan, agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang."
Kerana tidak semua yang pernah bersamaku tahun ini akan sempat bertemu denganku lagi.
Semoga kita termasuk dalam orang yang masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadan sekali lagi dengan hati yang lebih bersih, iman yang lebih kuat & amal yang lebih banyak.
AAMIIN YA ALLAH..🤲🏻