Bagi anda yang sedang mengandung, ada beberapa amalan kerohanian yang perlu dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu ditiupkan roh (setelah berumur 120 hari atau 4 bulan), hendaklah ibu dan bapanya melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka dalam kandungan.
Antara amalan baik yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa :
1. Memperbanyak taubat dan istigfar
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istigfar, Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa atau sekurang-kurangnya seminggu dua hari atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia
Ketika isteri mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya banyakkanlah berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah.
5. Banyak membaca Al-Quran
Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan :
Surah Al-Fatihah | Untuk terang hati dan kuat ingatan
|
Surah Maryam | Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
|
Surah Luqman | Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
|
Surah Yusuf | Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
|
Surah Hujurat | Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati
|
Surah Yaasin | Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
|
Surah At Taubah | Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
|
Surah An Nahl | Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
|
Sumber http://www.ciklaili.com/2011/06/amalan-baik-yang-patut-diamalkan-ketika.html#ixzz2UqMCAin0