Monday, April 29, 2013

poSisi tiDuR yaNg beTuL n seLeSa

ble da masuk bulan yg ke-6 nier, haaa... senget da rase dunie. ahaksss! nk tido lena pun sgt ler ssh nye. opppsss... da amik tips dari laman web... hrp2 sgt ler membantu!

(xkan nk snap gambo aku ngh zz kot? ahakssss... bnyk model kat pasaran tenet tau. x caye, tnye pakcik google tuh...!) 


Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.

Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur
~~~~~

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan tidur yang lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Ibu hamil kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, ambil makanan ringan tetapi berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata untuk terus kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan bagi ibu hamil yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. 
:- Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Wujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang waktu ibu hamil tidur.
~PAMA Julai 2012~