da bnyk kali terpandang gambo poster nie @ kmc tme g wat monthly check up @ KMC. tapi sokmo ler mcm ala2 segan gtu nk amik gambo. pd hal bkn ade pe pun. cuma aku jer ngade2 segan! ahaksssss...
but dis tme aku tnye pakcik google jer. mujur ler pakcik google kate ade gambo yang aku nak tu. so, tu yg dapat nie. terus ajer aku terasa nk hpdate @ blog aku neh. sekadar perkongsian ilmu, kan! nothn' wrong, rite!
sjer jer ler pun. sekadar ngisi masa lapang yg ade nie. boley tmbh ilmu gak, erkkkk... insya Allah
... bila masuk minggu ke 24, bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna. Rambut, kening dan bulu mata mulai lebat. Kulitnya halus, sehalus kulit bawang. Bahagian tulangnya juga mengeras. Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram.
... pergerakan bayi ketika ini adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu. Ibu hamil semasa bulan ke 6 ini akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh dan bisa-bisa di bahagian kaki, sekitar belakang pinggang dan juga akan sentiasa berasa lapar.
... bila memasuki minggu ke 28, iaitu genap 7 bulan, bayi akan membesar sekitar 27.5cm (11-12 inci) dan berat badannya meningkat sehingga 1.5kg. Kulit bayi kelihatan lebih licin. Kantung udara di dalam paru-parunya telah terbentuk. Bayi akan cukup sifat fizikal dalaman & luarannya. Sekiranya bayi dilahirkan ketika ini, insyaAllah selamat, lebih-lebih lagi sekarang dengan bantuan alat-alat pernafasan dan kepakaran doktor perbidanan di hospital. Seringkali ibu hamil 7 bulan mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami masalah kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis dan kaki.
... kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj.
... ibu hamil akan kerap membuang air kecil, kadangkala berlaku lelehan air kencing dan mulai tidak selesa tidur. Pergerakan bayi semakin cergas dan adakalanya akan berputar-putar. Dalam keadaan ini, ibu mengalami masalah pembengkakan vena atau kembang urat saraf. Ibu dinasihatkan jangan mengambil makanan dan minuman jenis sejuk atau makanan yang disejukkan kerana pada masa ini bayi masih dalam proses memperkuat pembentukan gigi dan tulang.
... pusat ibu akan mulai tersembul apabila kulit perut semakin tegang. Sekiranya pada waktu ini ibu hamil sesekali terasa berlaku *rengat(rasa sakit kontraksi), tidak perlulah dibimbangkan. Walau bagaimanapun, andai kata *rengat kerap berlaku, antar 1-2 jam, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan rapi daripada pakar perbidanan