Monday, April 8, 2013

peSanaN


PESAN UNTUK SETIAP AYAH DAN IBU

Anakmu suka berdusta ; 
anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.

Anakmu tidak punya rasa percaya diri ; 
anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara ; 
anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri ; 
anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut ; 
anda terlalu memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati orang lain ; 
anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya. 

Anakmu selalu marah-marah ; 
anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut ; 
anda tidak menyertakannya dalam berbuat.

Anakmu suka jahat kepada orang lain ; 
anda kasar kepadanya.

Anakmu lemah ; 
anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu ; 
anda mengabaikannya.

Anakmu mengganggumu ; 
anda tidak mencium atau mendakapnya.

Anakmu tidak mahu patuh kepadamu ; 
anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka ; 
anda sibuk terus.

Anakmu adalah amanah yang harus dirawat dan dididik dengan baik.