Showing posts with label petUa. Show all posts
Showing posts with label petUa. Show all posts

Monday, July 12, 2021

aiR reBusaN dauN duRiaN beLanDa

Jom amalkan atas faktir khasiat berikut :-
.
1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
.
2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
.
3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
.
4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
.
5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
.
6) Mengatasi Buasir :
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
.
7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
.
Kredit : salimah olie

Saturday, August 22, 2020

kNe seRaNg seRaNGga


semburan bunga cengkih dikatakan mampu pulihkan tanaman yg kne serang seranga beb... !!!
Kne try nie mne tahu mnjadi utk setel mslh kt bayam brazil, daun knyit dan pandan kan...

Monday, June 29, 2020

bUanG aNGin daLaM baDaN

kte boleh cube nie utk kepentingan diri sendiri...  

x salah klau kte cuba kannnn... 

Thursday, July 21, 2016

cUka epaL

da lame tercari2 kengkawan post psl kelebihan apple cider vinegar nie. kate nye bnyk manfaat terutama sekali dlm mengelakkan penyakit berangkai. maklum le... masa gni ler nk kne jaga kan... mngkin boley share ngn mak n abah jugek, kan?! 
yg pasti sukatan nie adalah utk dibuat hehari :
1 sudu besar Halba
500ml air
2 sudu besar Apple Cider Vinegar ( ACV yg paling bagus brand Bragg)
rebus 1 sudu besar halba
rebuskan halba tadi hingga mendidih dalam lebih kurang 10 minit dgn api besar
usai mendidih (perghhh... ayt baru try nk gune. hrp betul ler tmpt nye nie), perlahankan api ke api paling kecik, tutup tudung periuk supaya wap x keluar. biarkan mendidih selama 5 minit sebelum tutup api sepenuhnya
tapis kan halba. we need air rebusan tadi yer
masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar ke dalam air tapisan halba td. kacau hingga betul2 sebati. tuang dalam cawan separuh. separuh lg minum sebelum mkn mlm
Ni lah hasilnya. Boleh juga nak bubuh 1 sudu kecik madu. Tapi sy minum gini ja terus. Selamat mencuba. nti leh beli brg2 n bag parents amal kan. moga dapat kurang kan ape yg terlebey. heheheheheheee... 

jom share kebaikan cuka epal nie :- 
- Mencuci perut.
-Mencuci darah kotor
-Mencantikkan struktur kulit dari dalam.
-Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
-Merawat penyakit kencing manis.
-Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
-Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
-Membantu masalah kegemukan
-Mengurangkan berat badan.
-Menguatkan fungsi jantung.
-Merawat masalah sembelit & buasir.
-Melancarkan perjalanan darah.
-Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid)
-Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
-Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim( ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.)
-Mengetatkan & meremajakan rahim (kembali perawan la maknanya)
-Menghilangkan lendir & sakit tekak.
-Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
-Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
-Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
-Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
-Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
-Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
-Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
-Memelihara keanjalan kulit (awet muda secara semulajadi).

Wednesday, July 20, 2016

aDe pE ngAn beNDi


✔Mencuci hati
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu meng
elakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu
pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu
merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu
meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu
mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh
mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.
✔Lendir kacang bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.

Sunday, May 29, 2016

daRah tiNggi

Tuesday, February 23, 2016

minYak baWaNG pUtiH

utk merawat bby yg x pndai buang kahak lps batuk n selesema tu... boley jer klu nk try guna petua nie. alhamdulillah. perkongsian utk manfaat seme. a musy try petua nie. moga2 anak syurga kte beroleh kesejahteraaan selalu hendaknya... 

bahan-bahan
3 ulas bawang putih
Minyak kelapa dara atau minyak habbatussauda atau minyak masak

cara-cara
cucuk bawang putih pada garfu
bakar dengan api perlahan hingga kulitnya hangus

tumbuk bawang putih hingga hancur tapi xperlu lumat

masukkn dalam mangkuk dan campurkn dengan minyak

sapu mnyk atas hidung, dada, belakang dan tapak kaki 
sapu setiap 3jam 
İn syaa Allah selsema akan kering dan batuk beransur sembuh


Thursday, December 31, 2015

kOnGSi peTUa

scrollll... jgn x scroll dehh! 
selamat beramalllllll... 


Wednesday, August 19, 2015

raWat seLseMa anaK


Cara 1:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Bila kulit dah nak hangus, tutup api
4. Hiris nipis bawang tadi
5. Masukkan dalam bekas plastik
6. Tambahkan sedikit minyak zaitun
7. Ramas-ramas sedikit bawang supaya sebati dengan minyak tadi

Cara 2:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Goreng bawang tanpa minyak di dalam kuali tanpa perlu membuang kulitnya
3. Ulang langkah 3-7 di atas.

*Boleh juga gunakan minyak masak atau minyak kelapa


Cara Menggunakan Minyak Bawang Putih
=================================

+ Sapukan di bahagian badan seperti dada, betis, belakang badan, hidung serta tapak kaki.

+ Sapu sekerap mungkin, insyaAllah selsema dan batuk akan berkurangan.

Nota kaki:: bawang putih mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan berkesan menentang jangkitan.


Tuesday, July 28, 2015

uBat semULajaDi @ uMOh

menarik tul grafik nye... sgt teruja. ikut x ikut citer lain ler kan... ahakssssss!!!!