Showing posts with label whaTsuP grP. Show all posts
Showing posts with label whaTsuP grP. Show all posts

Wednesday, June 11, 2025

AllaH da sUsUN… kTe jeR LaLai

saje nk berkongsi rasa gundah di hati dgn plot cerita dan takdir yg Allah da susun. kte jer yg lalai. DIA da rezekikan semuanya. da termaktub dalam aturan NYA pada masa lokasi kejadian yg berlaku… 
aku x mampu nk baca citer secara detail. hanya intai dan bca apa yg ada secara x berulang. mmg x sanggup lagi da nk meratapi pemergian mereka. Allah Maha Merancang!!!
TAKDIR ALLAH TAK PERNAH TERSILAP. 
SEMPURNA PADA WAKTUNYA.
Bas tu, 
Sepatutnya abah dia yang bawa.
๐Ÿ˜”Tapi malam tu, abah tak boleh nak drive.
Kena pi hantaq anak-anak ke KL.
Jadi digantikan dengan sorang driver lori.
Driver tu baru ja masuk kerja, ambik job sebagai gantian.
Dan malam tu
Bas tu terbalik.
๐Ÿ˜”Di tempat lain pulak, ada sorang student.
Terlambat 10 minit.
Bas pun tinggai dia.
Mungkin malam tu dia dok menangis.
Sedih. Terkilan.
Rasa macam tak adil. Rasa Allah tak tolong dia.
Tapi sapa sangka
10 minit tu la yang selamatkan nyawa dia.
Bila kita renung balik, kita nampak semua ni bukan kebetulan.
Allah yang atoq. Satu persatu.
๐Ÿ˜ŒSiapa yang naik. Siapa yang tak sempat.
๐Ÿ˜ฅSiapa yang drive. Siapa yang diganti.
๐Ÿ˜ฅSiapa duduk seat kiri, kanan, depan, belakang 
semua tu ada hikmah dan impak yang tersendiri.
Tapi ni bukan bermakna orang yang pergi tu tak bertuah.
Langsung tak.
Hakikatnya, Allah dah pilih depa.
Hari tu memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz sebagai hari kepulangan depa.
Hari yang lebih tenang. Hari yang dah lama tertulis.
Dan mungkin
Depa pi dalam keadaan yang paling tenang.
Ada yang tengah tidur.
Ada yang tak sempat rasa sakit pun.
Depa selamat dari fitnah dunia.
Pulang dalam keadaan bersih.
Mungkin tu la penutup paling indah buat depa.
Suci. Redha. Terpelihara.
Pemandu gantian malam tu pulak
Pasti trauma dia tak terucap.
Tapi mungkin tu jugak satu teguran 
bukan untuk dia sorang,
tapi untuk kita semua yang kadang lalai bila pegang stereng.
Dan abah yang sepatutnya bawa bas tu
Allah tangguh dulu.
Belum masa dia.
Allah bagi peluang lagi nak tambah amal, nak tebus silap,
nak terus sayang dan jaga keluarga.
Inilah Qada’ dan Qadar.
Rukun iman yang ke-6.
Wajib percaya. Wajib yakin.
Sapa yang pergi, sapa yang tinggal, sapa yang tertinggal 
semua dalam takdir terbaik yang Allah pilih.
Ya Allah
Ampunkan dosa mereka yang dah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan orang yang Engkau rahmati.
Kuatkan hati semua ahli keluarga yang tengah rawat luka.
Dunia ni cuma tempat singgah.
Bukan tempat tinggal.
Tempat kutip pahala, bukan kutip kelalaian.
#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.
#UPSIMalaysia

Friday, October 1, 2021

KaWaN ?

```ADAT BERKAWAN

Bagus kata-kata ini.
Idea siapalah agaknya.

Dari kawan ada yang menjadi rapat.
Dari kawan ada yang menjadi sahabat.
Dari kawan ada yang menjadi kekasih.
Dari kawan ada yang menjadi isteri/suami.
Dari kawan ada yang menjadi ipar.
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan.
Dari kawan ada yang menjadi mertua.
Dari kawan ada yang menjadi madu.
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan. 
Itulah lumrah kita dalam berkawan.

Bila berkawan dengan ramai kawan ini.

Baru kita sedar,
bukan semua kawan kita hidup sempurna.
Mungkin dia banyak duit.
TAPI ada broken famili. 
Ada yang tak berduit. 
TAPI ada keluarga yang bahagia. 
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan. 
Sampai bila-bila takkan habis.
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang. Kena 'fake'kan semuanya.

Fake smile, 
Fake feelings dan Fake emotions. 
Kerana sayangkan kawan-kawan.

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, 
sering tersenyum.
Tidak bererti dia tidak boleh terluka.
Kita sama-sama manusia. 
ADA HATI dan PERASAAN.

Jadi, 
jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati.

Dalam berkawan kena ada satu prinsip. 
Tak puas hati tanya depan-depan.
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan.
Tak kiralah jika kita ada, 
kawan yang jenis nakal, 
masuk air kaa.
Suka buat lawak merapu sekali pun. 
Jika dia seorang kawan yang baik.
Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!     

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan-kawan sebaik-baiknya.
Dengan hati yang terbuka.
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH.

Kawan ketawa memang ramai.
Kawan menangis sukar dicari.
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah.
Namun siapa tahu, 
dalam diam mereka tetap mendoakan kita.

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan!!!

Suatu masa nanti, 
satu demi satu kawan akan meninggalkan kita.
Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.
Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya.

Yang tinggal cuma
KENANGAN dan NAMA.

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada.

Al-Fatihah untuk sahabat kita yang telah pergi dahulu.

Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan.

In Syaa Allah.```
#wakbaling
#adakawantiadalawan

Wednesday, June 9, 2021

JGn buNuh seMut

ustaz cakap kalau ada semut jangan bunuh baca surah nie... : 

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ู†َّู…ْู„ُ ุงุฏْุฎُู„ُูˆุง ู…َุณَุงูƒِู†َูƒُู…ْ ู„َุง ูŠَุญْุทِู…َู†َّูƒُู…ْ ุณُู„َูŠْู…َุงู†ُ ูˆَุฌُู†ُูˆุฏُู‡ُ ูˆَู‡ُู…ْ ู„َุง ูŠَุดْุนُุฑُูˆู†َ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";
Surah An Naml 27:18

aku pun baca dan ulang 3 kali...tak smpai 5 minit tengok² rakyat yang banyak tadi dah jadi satu² kelompok berkumpul..

selamat beramal๐Ÿ˜Š
jangan bunuh semut lagi ye kawan² ๐Ÿ˜‰✌️

#berhentibunuhsemut

Thursday, May 27, 2021

peSanan IndaH

 dari Allahyarham Ust. Arifin Ilham ::

Cerdasnya orang yg beriman adalah, ​dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.​

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, ​tapi rindukan mati.​ Karena, ​mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.​ Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, ​tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,​ maka ​sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.​

Hendaknya kita ​selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.​ Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :

●Pertama

​Tahajjud​  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

●Kedua

​Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.​ Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.

●Ketiga

​Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.​ Sebelum melangkah kemana pun ​langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,​ bukan karena panggilan Muadzin ​tetapi panggilan Allah SWT,​yg memanggil orang Beriman ​untuk memakmurkan Masjid Allah.​

●Keempat 

​Jaga Shalat Dhuha​ karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha

●Kelima

​Jaga sedekah setiap hari.​ Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan ​malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.​

●Keenam

​Jaga wudhu terus menerus​, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.

Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, ​“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,​ dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, ​"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.​

●Ketujuh, 

​Amalkan Istighfar setiap saat.​

Dengan Istighfar ​masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.​

​Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud​, yaitu :

​1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :​

Allahumma inni as'aluka husnal khotimah

Artinya : ​" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".​

​2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :​

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya:  ​Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".​

​3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :​

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Artinya: ​" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".​

Kemudian saya sampaikan,

jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik ​maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.​

​Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.​

​SEKECIL​ apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...

Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... ​tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat ุงَู„ู„ّู‡ُ ...​

​"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”​

Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT

 ุขู…ِّูŠْู†َ ุขู…ِّูŠْู†َ ุขู…ِّูŠْู†َ ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

Tuesday, May 11, 2021

aL-InSyiraH setiaP haRi

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, In sya Allah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.


3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita. 

Sunday, April 18, 2021

dOa iBu baPa

sekadar renungan bersama

 

Monday, February 8, 2021

21 peSaNan UEL

 21 Pesanan bermakna dari beliau.

Posted on April 21, 2020.

1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Sesiapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah swt akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik2 serta kawan2 kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.

16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa2. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting bila Allah sayang.

Pesanan Bermakna Dari Ustaz Haji Ebit Liew

Tuesday, December 1, 2020

aMaL daN dOa

moh ler kte beramal...
moga mendapat manfaat utk kebaikan bersama yerk! ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Thursday, April 23, 2020

da sOLat???

Solat lah walaupun kita belum baik. 
Solat lah walaupun kita masih suka berbuat dosa.
Solat lah walaupun kita masih suka korupsi.
Solat lah walaupun kita masih suka berzina.
Solat lah walaupun kita belum tutup aurat.
Solat lah walaupun kita suka berbohong.
Solat lah walaupun kita masih suka mengumpat.
Solat lah walaupun kita masih suka bertengkar.
Solat lah walaupun kita masih suka mabuk.
Solat lah walaupun kita masih suka berjudi.
Solat lah walaupun kita sudah berlumuran dosa.

Kerana dengan solatlah hal-hal yg buruk yang sering kita lakukan akan berkurang secara bertahap.

Yang belum solat, marilah solat. 
Yang sudah solat, perbaiki  solatnya. 
Yang sudah solat dan sudah memperbaiki solat?
Ayo fahami bacaannya dengan serius. 

Jangan terburu-buru ketika takbir. 
Jangan terburu-buru ketika rukuk. 
Jangan terburu-buru ketika sujud.

Kerana banyak juga yang solat tapi tidak faham dan tidak mengerti apa yang dibaca. 

Tapi tetaplah terus berupaya untuk dekat dengan Allah melalui solatmu. ๐Ÿ˜Š

Semoga kita meninggal dalam keadaan husnul khotimah. 
Ameen3x Ya Mujib ๐Ÿคฒ

Sunday, September 29, 2019

saYanGi orGaN ktE

HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN2 KITA?

     Ginjal : Tidur lewat

     Paru² : asap (rokok)

     Hati : lemak

    Jantung : Masin

    Pankreas : Makan terlalu kenyang 

    Usus : Makan tanpa pantang

    Mata : Komputer/Media elektronik

    Hempedu : Tidak  sarapan.

Maka sayangilah tubuh anda!

Kerana :  Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal ! Lagi pula belum pasti ada。

 *_Kekentalan/Pembekuan darah_*

Sharing dari Doktor Jantung :   *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

Ada satu pertanyaan:
_Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?_

 Sebenarnya jawapannya cukup " *_mengerikan_*" tetapi kerana sebuah
_pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur_, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb:

Kira-kira *_80%_* tubuh manusia terdiri dari *AIR*.
Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas *_80%_*.
Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah:
*OTAK dan DARAH*.

*_Otak_* memiliki komponen Air sebanyak 90%,
Sementara *_Darah_* memiliki Komponen Air sebanyak 95%.

Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah *_2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih_* sehari.
Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang *PEROKOK..!*

Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui  *_Pembuangan, Keringat, Pernafasan_*

Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..??

Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. *_Caranya?_*

Dgn jalan " *_Menghisap_*" Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: *DARAH..!!*

Darah yg dihisap Airnya akan menjadi *_membeku_*.
Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan *_Darah Berair. _*

  *_Saat melalui Ginjal/buah pinggang_*
(tempat menyaring Racun dari Darah),
Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah.

   Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada *Glomerulus Ginjal*.

  *    _Akibatnya_*,
Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal.
Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk *_Cuci Darah_*.

Bagaimana dgn *OTAK?*
Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat.

Otak tdk lagi " *_berair_*", kerana *Sel² Otak* adalah yg paling banyak memerlukan  Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan *STROKE...!*!

Jika anda share ini kepada seorg bererti anda sdh dpt menyelamatkan seorg yg anda kenali

 *MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*

1. Barli – Bagus untuk demam
    jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata
    rumah yang tidak
    mempunyai kurma adalah
    seperti rumah yang tidak
    ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari
    syurga. Boleh mengubati
    buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah
    anggur. Ia membersihkan
    darah, menguatkan buah
    pinggang, membersihkan
    perut

5. Madu – Ia adalah makanan
    segala makanan, minuman
    segala minuman, ubat
    segala ubat. Mengubati cirit
    birit jika dibancuh dengan
    air panas, membuka selera,
    menguatkan perut,
    membuang kahak. Elok
    diminum waktu pagi
    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –
    Nabi berkata wanita
    mengandung tidak akan
    gagal melahirkan anak yang
    baik dari segi perwatakkan
    dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu
    baik untuk membuang
    panas badan. Menguatkan
    belakang, memperbaiki
    otak, memperbaharui
    pandangan mata,
    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk
     mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan
    kulit dan rambut.
    Melambatkan penuaan,
    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan
     tubuh dari syaitan & bisikan
     syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
     dahaga hendaklah disedut
     perlahan-lahan, jangan
     diteguk, mudah mendapat
     sakit pada hati.

๐Ÿ‡ฎ‌๐Ÿ‡ณ‌๐Ÿ‡ซ‌๐Ÿ‡ด‌      ๐Ÿ‡ง‌๐Ÿ‡ช‌๐Ÿ‡ท‌๐Ÿ‡ฒ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ณ‌๐Ÿ‡ซ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡น‌

๐Ÿ„ธ๐Ÿ„ฝ๐Ÿ„ต๐Ÿ”๐Ÿ„ฑ๐Ÿ„ด๐Ÿ…๐Ÿ„ผ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ฝ๐Ÿ„ต๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…ƒ
๐Ÿ‡ฒ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ฑ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡พ‌๐Ÿ‡ธ‌๐Ÿ‡ฎ‌๐Ÿ‡ฆ‌

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Thursday, September 26, 2019

saYaNgi jaNtuNg aNda

RESEPI UBAT JANTUNG

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih 
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu dicincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan. 

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

note :  Guna sudu plastik

Tuesday, August 27, 2019

miNuM aiR

Cara Sunnah minum air adalah :

1. Minumlah dengan tangan kanan
2. Minum air dengan duduk
3. Mulailah minum air dengan mengucapkan Bismillah
4. Lihat air sebelum minum
5. Minumlah air dalam 3 teguk 
6. Setelah selesai setiap tegukan, katakanlah Alhamdulillah
7. Setelah 3 teguk air minum, katakan akhirnya Alhamdulillahi Wasshukru lillaah

MANFAAT SUNNAH AIR MINUM dengan duduk dgn 3 teguk2:
1. Ginjal tidak pernah gagal.
2. Lutut selalu berfungsi.
3. Tulang punggung selalu kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran selalu aktif.

Subhanallah, bahagikan manfaat ini kpd semua orang.

Tiap2 sunnah pasti ada kebaikan yg tersirat...

Saturday, August 24, 2019

paHaLa ziKiR


Utk ingatan bersama. Utk dijadikan amalan. Moga kte seme dirahmati. In syaa Allah

Wednesday, July 10, 2019

warGa veteRaN

Kepada  teman2 yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+ 

Ini ada beberapa nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia. 

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan. 

Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh

Bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

Semoga beroleh manfaat

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Sharing is caring..
Isn't it?

Monday, June 10, 2019

Friday, May 31, 2019

taZkiRah paGi 26 raMadhaN


Saat ALLAH Gerakkan Lidah Kita Untuk Beristighfar... Itu Tandanya ALLAH Nak Mengampunkan Dosa Kita.

Saat ALLAH Ringankan Lidah Kita Untuk Berselawat... Itu Tandanya ALLAH Nak Mudahkan Kita Untuk Dapat Syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Saat ALLAH Campakkan Kemanisan Untuk Kita Selalu Membaca Al-Quran... Itu Tandanya ALLAH Nak Lepaskan Kita Dari Azab Kubur.

Saat ALLAH Ringankan Kaki Kita Untuk Selalu Ke Masjid... Itu Tandanya ALLAH Nak Jadikan Kita Tetamu IstimewaNya Di Bawah Naungan Arasy".

Ucapkan - Alhamdulillah

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS

Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.


JADIKAN AL-QURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT

Tuesday, May 21, 2019

ziKiR b4 tiDo

Moga sentiasa dpt dijadikan amalan n bekalan menuju ke jannah. Insyaa Allah...

Thursday, May 9, 2019

joM iKut raSHiD!

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. Rasyid memang bijak !

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!

(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, pahalanya seperti Solat Seluruh Malam. Rasyid memang bijaksana!

(Rujukan HR Muslim)

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x. Rasyid memang smart!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! Mulutnya kumat-kamit. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, mulutnya kumat-kamit lg. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, "Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..." Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! Rasyid lebih pandai daripada org tu!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Aku tanya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid pada hal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... Rasyid bijakkan?๐Ÿ˜ฌ

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt Pahala Rasyid PERCUMA, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. Rasyid is sooo brilliant!!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!! Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari 
=RM21,000,000 

Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih sedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak.

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. Rasyid is clever as always!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. Rasyid tahu derhaka kpd ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Tnpa sbrang pengkhususan).
Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan: Buatlah baik walau sekecil-kecilnya...sbb kdg2 kita tak tahu besar mana pahalanya. Jom ikut kehebatan Rasyid

Tuesday, May 7, 2019

seDeKaH

*Dasyatnya Sedekah*

```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Silakan perhatikan nombor 17 hingga 19

Rujukan dari hadits2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT❤❤

2.  sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang๐ŸŒน๐ŸŒน

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam๐Ÿ’ฏ๐Ÿ˜˜

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur๐Ÿ’ฏ❤

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut๐Ÿคญ

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan๐Ÿ˜๐Ÿ˜

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT๐Ÿ˜

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda๐ŸŒน❤

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT ❤❤

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah ๐Ÿ•‹

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati๐ŸŒน

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah๐Ÿ•‹

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia๐Ÿ’ฏ

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup๐ŸŒน๐Ÿงš๐Ÿป‍♀

18. Sedekah adalah ubat๐Ÿ’Š

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas๐ŸŒน

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2๐Ÿ˜˜

Monday, May 6, 2019

teRaWih kat uMoH

*CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH*

Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
ุฃ ُุตู€َู€ู€ู„ู€ِّู€ู€ู‰ ุณู€ُู€ู€ู†ู€َّู€َู€ู€ุฉ َ ุงู„ู€ู€ุชู€َّู€َู€ู€ุฑَุงูˆ ِูŠู€ْู€ู€ุญ ِ ุฑَูƒู€ْู€ู€ุนู€َู€ู€ุชู€َู€ู€ูŠู€ْู€ู€ู† ِ ู„ู€ِู€ู€ู„ู€َّู€َู€ู‡ ุชู€َู€ู€ุนู€َู€ู€ุงู„ู€َู€ู€ู‰
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุฉً ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْู…َู„ِูƒِ ุงู„ْู‚ُุฏُّูˆุณِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

SEMOGA BERMANFAAT...

๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹

@Qowiyy_Fillah