Showing posts with label sHariNG iS caRinG. Show all posts
Showing posts with label sHariNG iS caRinG. Show all posts

Monday, March 23, 2026

doA akHir raMadaN

 Dulu arwah mak bagi satu doa ni. Doa akhir Ramadan. Mak pesan hari terakhir Ramadan jangan dok seronok pasal raya lagi. 

Tutup Ramadan dengan keindahan doa.

Mak suka. Tapi dia tetap baca doa Alhir Ramadan. Dia tulis. Bagi kat saya. Siap kata kena siap hafal.

اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا شَهْرَ رَمَضَانَ بِرِضْوَانِكَ، وَالْعِتْقِ مِنْ

 نِيْرَانِكَ، وَاجْعَلْ مَآلَنَا إِلَى جَنَّاتِكَ.

إِلَهَنَا مَنْ نَقْصِدُ وَأَنْتَ الْمَقْصُودُ، وَمَنْ الَّذِي نَسْأَلُ 

وَأَنْتَ صَاحِبُ الْكَرَمِ وَالْجُودِ.

• Ya Allah, akhiri bagi kami bulan Ramadhan dengan keredhaan-Mu.

• Dan bebaskanlah kami daripada api neraka-Mu.

• Dan jadikanlah syurga-Mu tempat kembali kami.

• Tuhan kami, kepada siapakah yang kami tuju sedangkan Engkaulah tujuan kami.

• Dan kepada siapakah lagi kami meminta sedangkan Engkaulah pemilik kemuliaan dan kedermawanan.

In shaa Allah sama sama kita amalkan. Semoga ibadah kita Allah terima sepanjang bulan Ramadan ini. Aamiin

Friday, March 20, 2026

raMaDaN peRGi duLu

RAMADAN SEDANG BERKEMAS...😭

Kulihat Ramadan sedang berkemas...

Lalu aku bertanya, "Wahai Ramadan, engkau mahu ke mana?"

Ramadan menjawab dengan lembut,

"Aku akan pergi jauh... sangat jauh, selama 11 bulan.

Tugasku di sini hampir selesai.

Sebentar lagi aku akan meninggalkanmu."

Kemudian Ramadan berkata lagi,

"Terima kasih kerana telah menyambut kedatanganku dengan gembira.

Terima kasih kerana menghidupkan malam-malammu dengan doa, zikir dan solat. Terima kasih kerana berusaha menahan lapar dan dahaga demi mencari redha Allah."

"Aku melihat ada yang menangis dalam sujudnya,

ada yang bersedekah tanpa diketahui sesiapa, ada yang kembali membuka Al-Quran setelah lama meninggalkannya.

Semua itu menjadi saksi bahawa hatimu masih mencintaiku."

Ramadan lalu berpesan, "Janganlah engkau berubah setelah aku pergi. Teruskan solatmu, teruskan membaca Al-Quran, teruskan berbuat baik kepada manusia.

Jangan hanya mengenal allah ketika aku datang sahaja."

"Aku akan pergi sebentar, tetapi kenanganku akan tinggal di hatimu.”

"Jika suatu hari nanti engkau merindui aku... angkatlah tanganmu dan berdoalah kepada Allah."

"Berdoalah semoga umurmu dipanjangkan, agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang."

Kerana tidak semua yang pernah bersamaku tahun ini akan sempat bertemu denganku lagi.

Semoga kita termasuk dalam orang yang masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadan sekali lagi dengan hati yang lebih bersih, iman yang lebih kuat & amal yang lebih banyak.

AAMIIN YA ALLAH..🤲🏻

Wednesday, June 11, 2025

AllaH da sUsUN… kTe jeR LaLai

saje nk berkongsi rasa gundah di hati dgn plot cerita dan takdir yg Allah da susun. kte jer yg lalai. DIA da rezekikan semuanya. da termaktub dalam aturan NYA pada masa lokasi kejadian yg berlaku… 
aku x mampu nk baca citer secara detail. hanya intai dan bca apa yg ada secara x berulang. mmg x sanggup lagi da nk meratapi pemergian mereka. Allah Maha Merancang!!!
TAKDIR ALLAH TAK PERNAH TERSILAP. 
SEMPURNA PADA WAKTUNYA.
Bas tu, 
Sepatutnya abah dia yang bawa.
😔Tapi malam tu, abah tak boleh nak drive.
Kena pi hantaq anak-anak ke KL.
Jadi digantikan dengan sorang driver lori.
Driver tu baru ja masuk kerja, ambik job sebagai gantian.
Dan malam tu
Bas tu terbalik.
😔Di tempat lain pulak, ada sorang student.
Terlambat 10 minit.
Bas pun tinggai dia.
Mungkin malam tu dia dok menangis.
Sedih. Terkilan.
Rasa macam tak adil. Rasa Allah tak tolong dia.
Tapi sapa sangka
10 minit tu la yang selamatkan nyawa dia.
Bila kita renung balik, kita nampak semua ni bukan kebetulan.
Allah yang atoq. Satu persatu.
😌Siapa yang naik. Siapa yang tak sempat.
😥Siapa yang drive. Siapa yang diganti.
😥Siapa duduk seat kiri, kanan, depan, belakang 
semua tu ada hikmah dan impak yang tersendiri.
Tapi ni bukan bermakna orang yang pergi tu tak bertuah.
Langsung tak.
Hakikatnya, Allah dah pilih depa.
Hari tu memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz sebagai hari kepulangan depa.
Hari yang lebih tenang. Hari yang dah lama tertulis.
Dan mungkin
Depa pi dalam keadaan yang paling tenang.
Ada yang tengah tidur.
Ada yang tak sempat rasa sakit pun.
Depa selamat dari fitnah dunia.
Pulang dalam keadaan bersih.
Mungkin tu la penutup paling indah buat depa.
Suci. Redha. Terpelihara.
Pemandu gantian malam tu pulak
Pasti trauma dia tak terucap.
Tapi mungkin tu jugak satu teguran 
bukan untuk dia sorang,
tapi untuk kita semua yang kadang lalai bila pegang stereng.
Dan abah yang sepatutnya bawa bas tu
Allah tangguh dulu.
Belum masa dia.
Allah bagi peluang lagi nak tambah amal, nak tebus silap,
nak terus sayang dan jaga keluarga.
Inilah Qada’ dan Qadar.
Rukun iman yang ke-6.
Wajib percaya. Wajib yakin.
Sapa yang pergi, sapa yang tinggal, sapa yang tertinggal 
semua dalam takdir terbaik yang Allah pilih.
Ya Allah
Ampunkan dosa mereka yang dah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan orang yang Engkau rahmati.
Kuatkan hati semua ahli keluarga yang tengah rawat luka.
Dunia ni cuma tempat singgah.
Bukan tempat tinggal.
Tempat kutip pahala, bukan kutip kelalaian.
#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.
#UPSIMalaysia

Tuesday, June 18, 2024

baCe jGn x baCe

kongs u

 

Sunday, March 17, 2024

kNe ngat ziKiR niE

 


hafallll... jgn x hafal !!! 

every nite in ramadhan...!!!! 




Monday, October 23, 2023

ziKiR mudaH

kne biasakan melafaz zikir nie bebnyak weihhh... moga dipermudahkan segalanya 



 

Thursday, July 6, 2023

juMpE mOk Zai


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Do7v48WJtgcBRwXD-e5g6Jn-3XcFI3GKhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1vvV3B3lp8WoG96ae12Q8AXSsrRHx-K2Rhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1KWAH61ktKoahQS49s3X1xi_zurJ870Wc
mok esoh kalau amek gambo gop x perenah ready sokmo. gerang ase nok bekki tudung tu! hahahahahaaaa… 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1arF0btqPDfIgKTeg6dLY5GSHytHksSRKhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1FCzmOIHepc7MUQ5rJMMvMQyVB-UAr0NGhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1AHlCwhOosqY4k1ZMJLCZk92EPcGYMjEohttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1CaKCMGL_vyD90IhEA3Uny7s-qnh3VRvEhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=15TZ5H_hdijSqhvLkdkrTybDpyGG-7TMg
cuti ahad amek peluang g ziarah mok zai yg baru kuor hospital. 2 jari kaki kne potong sbb kencing manis da merebak. kes bpunce dari terpijak paku. asbab lewat dpt kan rawatan. terus doc nasihatkan kne buang sbb jari tu da kehitaman n mati. Allahuuuu… moga dipermudahkan segala urusan. 

Saturday, May 27, 2023

sUp tauhU teluR

sup tauhu telur

Tauhu telur - goreng dengan minyak yg betul² panas
Bawang putih - cincang
Serbuk lada hitam
Udang / isi ayam
Sos tiram - anggaran 2 sudu besar
Cendawan shimeji / fresh shitake
Lobak merah - hiris halus memanjang
Daun sup - hiris
Tepung ubi - bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh
2 biji telur - pukul dengan garfu
Garam 
Serbuk perasa (kalau suka)

- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam
- Masukkan sos tiram,air dan cendawan
- Bila sudah mendidih,masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel
- masukkan tauhu yang sudah digoreng
- Perlahankan api...tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat)
- Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.
- Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata

kredit resepi kepada Siti Zanariah Khalit

Thursday, April 27, 2023

kaRi iKan daaa…

Try tgk boleh layan dak ngn anak tekak syuben aku nanti... x try x tau kan...  mmg selok duk copy resepi kari. Makan x mboh pun. Hahahahaaaaa... 

● 1 ekor ikan tongkol - bersihkan dan dipotong2
● 5 biji bendi - dipotong pangkal dan hujung
● 1 bji terung bulat - potong baji
● 1 biji tomato - potong baji
● 2 biji bawang merah - tumbuk
● 1 ulas bawang putih - tumbuk
● 1 cm halia - tumbuk
● 2 sudu makan cili giling
● 1 pkt kecil serbuk kari
● 1/2 cawan air asam jawa
● 1 cawan air
● 2 cawan santan pekat
● minyak secukupnya
● gula dan garam secukup rasa
● sedikit daun kari

Cara memasaknya :
1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.

2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.

3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba !! 

Monday, January 9, 2023

SyuKuR

B . E . R . S . Y .U . K . U . R . L . A . H

Rezeki dalam hidup kita lain2.

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.🙂

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.😁

Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.🫠

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.

Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang2 kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, inshaallah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.

Monday, September 12, 2022

ReSepi pUdiNg biSkUt

Macam senang jer kan sbb gune 3 bahan jer... tp agak2 bile nk wat erkkk... aku share jmpe kt tenet jer nie!

Cuti-cuti ni memacam jenis kuih pulak kita cuba. Ofkos yang ringkas dan confirm jadi. Yang ni memang menjadi walaupun guna 3 bahan je.

Bahan digunakan :
==============
Biskut Hup Seng 20 keping
Susu pekat 1/2 gelas
Telur 4 biji

Cara buat :
=========
1. Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.
2. Masukkan biskut yang dah direndam, susu dan telur ke dalam blender.
3. Kisar semua hingga halus.
4. Bahagi kepada dua bahagian untuk warnakan.
5. Sapu loyang dengan planta dan tepung supaya kuih tak lekat nanti.
6. Kukus lapisan pertama 7 minit. Kemudian tambah lapisan kedua.
7. Kukus 20 minit atau hingga masak. ITS DONE!

Mudah je kan? Rasa pun memang sedap. 1 acuan ni sekejap je habis untuk minum petang. 😋😋

Selamat mencuba!
Kredit Mala Mansor

Friday, October 1, 2021

KaWaN ?

```ADAT BERKAWAN

Bagus kata-kata ini.
Idea siapalah agaknya.

Dari kawan ada yang menjadi rapat.
Dari kawan ada yang menjadi sahabat.
Dari kawan ada yang menjadi kekasih.
Dari kawan ada yang menjadi isteri/suami.
Dari kawan ada yang menjadi ipar.
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan.
Dari kawan ada yang menjadi mertua.
Dari kawan ada yang menjadi madu.
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan. 
Itulah lumrah kita dalam berkawan.

Bila berkawan dengan ramai kawan ini.

Baru kita sedar,
bukan semua kawan kita hidup sempurna.
Mungkin dia banyak duit.
TAPI ada broken famili. 
Ada yang tak berduit. 
TAPI ada keluarga yang bahagia. 
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan. 
Sampai bila-bila takkan habis.
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang. Kena 'fake'kan semuanya.

Fake smile, 
Fake feelings dan Fake emotions. 
Kerana sayangkan kawan-kawan.

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, 
sering tersenyum.
Tidak bererti dia tidak boleh terluka.
Kita sama-sama manusia. 
ADA HATI dan PERASAAN.

Jadi, 
jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati.

Dalam berkawan kena ada satu prinsip. 
Tak puas hati tanya depan-depan.
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan.
Tak kiralah jika kita ada, 
kawan yang jenis nakal, 
masuk air kaa.
Suka buat lawak merapu sekali pun. 
Jika dia seorang kawan yang baik.
Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!     

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan-kawan sebaik-baiknya.
Dengan hati yang terbuka.
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH.

Kawan ketawa memang ramai.
Kawan menangis sukar dicari.
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah.
Namun siapa tahu, 
dalam diam mereka tetap mendoakan kita.

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan!!!

Suatu masa nanti, 
satu demi satu kawan akan meninggalkan kita.
Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.
Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya.

Yang tinggal cuma
KENANGAN dan NAMA.

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada.

Al-Fatihah untuk sahabat kita yang telah pergi dahulu.

Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan.

In Syaa Allah.```
#wakbaling
#adakawantiadalawan

Wednesday, June 9, 2021

JGn buNuh seMut

ustaz cakap kalau ada semut jangan bunuh baca surah nie... : 

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";
Surah An Naml 27:18

aku pun baca dan ulang 3 kali...tak smpai 5 minit tengok² rakyat yang banyak tadi dah jadi satu² kelompok berkumpul..

selamat beramal😊
jangan bunuh semut lagi ye kawan² 😉✌️

#berhentibunuhsemut

Friday, May 28, 2021

isTiGhFar


Jommm kte sama2 grab peluang nie!

Thursday, May 27, 2021

taZkiraH raMadhaN


Amiiinnnn!

peSanan IndaH

 dari Allahyarham Ust. Arifin Ilham ::

Cerdasnya orang yg beriman adalah, ​dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.​

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, ​tapi rindukan mati.​ Karena, ​mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.​ Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, ​tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,​ maka ​sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.​

Hendaknya kita ​selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.​ Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :

●Pertama

​Tahajjud​  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

●Kedua

​Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.​ Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.

●Ketiga

​Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.​ Sebelum melangkah kemana pun ​langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,​ bukan karena panggilan Muadzin ​tetapi panggilan Allah SWT,​yg memanggil orang Beriman ​untuk memakmurkan Masjid Allah.​

●Keempat 

​Jaga Shalat Dhuha​ karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha

●Kelima

​Jaga sedekah setiap hari.​ Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan ​malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.​

●Keenam

​Jaga wudhu terus menerus​, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.

Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, ​“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,​ dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, ​"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.​

●Ketujuh, 

​Amalkan Istighfar setiap saat.​

Dengan Istighfar ​masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.​

​Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud​, yaitu :

​1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :​

Allahumma inni as'aluka husnal khotimah

Artinya : ​" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".​

​2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :​

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya:  ​Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".​

​3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :​

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Artinya: ​" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".​

Kemudian saya sampaikan,

jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik ​maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.​

​Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.​

​SEKECIL​ apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...

Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... ​tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat اَللّهُ ...​

​"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”​

Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT

 آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Tuesday, May 11, 2021

aL-InSyiraH setiaP haRi

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, In sya Allah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.


3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita. 

Sunday, April 18, 2021

dOa iBu baPa

sekadar renungan bersama

 

Tuesday, April 13, 2021

TaZkiRah 01 raMaDhaN

*SIAPAKAH GOLONGAN YG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN*

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu² waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat² mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata² *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat sekurang²nya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan *TETAPI* bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh² memelihara puasa dari perkara yg membatalkan *TETAPI* berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha utk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*

*Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*
*"Berapa ramai orang yang berpuasa, akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan* *dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang* *solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat* *apa-apa daripada solat malamnya* *itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*
*(HR Ibnu Majah)*

*Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak*

@Anss🌸
KerlipanBintangofficial ✨

Tuesday, March 16, 2021

keNaLi diRi aNda

 ✅ PENTING - BACA JGN TAK BACA

TEKANAN DARAH

           BP tinggi     

120/80 - Normal

130/85 - Normal (Kawalan)

140/90 - Tinggi

150/95 - Terlalu Tinggi


PARAS GULA

3.7- Hipo (gula rendah) / Hyper

4.0 - Normal

5.0 - Normal (kawalan)

5.7 - Tinggi

6.0 - 7.0 - Terlalu Tinggi


Jika bacaan gula terlalu tinggi, awas anda bakal stroke...


DENYUTAN NADI       

72 per minit (standard)

60 --- 80 p.m. (Biasa)

40 - 180 p.m. (tidak normal)


SUHU BADAN

98.4°F = 36.8°C (Normal)

99.0°F = 37.2°C Ke atas (Demam)


Serangan Jantung Dan Minum Air Panas

Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan, tetapi mengenai Serangan Jantung. 

Org2 Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan, bukan air sejuk, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya tabiat minum air panas semasa makan. 

Bagi mereka yang suka minum air sejuk, artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat memudaratkan untuk minum air semasa makan. Kerana, air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda baru sahaja makan. Ia akan perlahankan penghadaman. 

Apabila enapcemar ini bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas atau air suam selepas makan.

Kentang goreng dan burger adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yg lebih buruk. Elakkan mereka.

Untuk jantung & Kesihatan anda

Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.

Ahli kardio berkata, jika semua orang membaca mesej ini dan menghantarnya kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.


💉 KUMPULAN DARAH YG SERASI

Jenis Darah Serasi

O- boleh menerima O-

O+ boleh menerima O+, O-

A- boleh menerima A-, O-

A+ boleh menerima A+, A-, O+, O-

B- boleh menerima B-, O-

B+ boleh menerima B+, B-, O+, O-

AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-

AB+ boleh menerima AB+, AB-, B+, B-, A+, A-, O+, O-


KESAN AIR

💐Kami tahu air adalah penting tetapi tidak pernah tahu mengenai perkara itu waktu khas anda perlu minum...!!!

Adakah anda???

💦 Minum air di masa yg betul. ⏰Memaksimumkan keberkesanan pada badan manusia;

1️⃣ 1 gelas air 1 minit selepas bangun - 🕕⛅ membantu aktifkan organ-organ                              dalaman.

2⃣ 1 gelas air 30 minit 🕧 sebelum makan - membantu penghadaman.

3⃣ 1 gelas air sebelum mandi 🚿 - membantu menurunkan tekanan darah anda.  

4⃣ 1 gelas air sebelum pergi tidur - 🕙 menghindari stroke atau serangan jantung.

Apabila seseorang berkongsi sesuatu nilai dengan anda dan anda mendapat manfaat drpnya, anda mempunyai moral kewajiban untuk berkongsi dengan yang lain.....