ari nier terbace lak pasal kisah kalsium. ble sebut kalsium jer mesti thngat kan ssu jer. tpi betul ke erkkk...? rse nye qsya n eiman tu mcm x ckup jer lagi kalsium lam badan nyer.
~~~~~
Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Ada 20 cerita menarik tentang kalsium ini :-
- Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium. - haaa... nk bg tulang x reput sebelum sampai usia x mude nanti, kan?!
- Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
- Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang. - along n angah cam ne lak erkk?!
- Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang. - macam bahaya jer nier
- Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku. - betul2. aku setuju sgt2!
- Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak. - yang nier ler yang x brape nak nye!
- Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
- Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya. - xleh nk maroh ler kat qsya n eiman kalu stil mintak ssu, kan?!
- Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
- Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
- Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak. - ssh nye kalu x suke susu, kan?!
- Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
- Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
- Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
- Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
- Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
- Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
- Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
- Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
- Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.
~pa&MA 2013~