Bukan mudah untuk mengekalkan hubungan antara ahli keluarga jika kita tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Tambahan plok lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang yang semakin pesat menyebabkan hubungan antara kita dengan anak-anak agak terbatas.
Share 6 tips penting yang boleh diamalkan untuk eratkan kembali hubungan keluarga. insya Allah...
1. Eratkan hubungan
Biasakan diri untuk luangkan masa sekurang-kurangnya dalam 10 minit untuk bertanyakan mengenai hari anak atau pasangan
2. Jadi pendengar
Kena bersedia menjadi pendengar yang baik jika anak atau pasangan ingin meluahkan sesuatu
3. Lebih positif
Belajar untuk menjadi lebih positif agar ia tidak menyakiti perasaan ahli keluarga yang lain jika mereka minta pendapat tentang sesuatu perkara. Elakkan dari sikap kuat menyindir
4. Kepercayaan
Kepercayaan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Dengan kepercayaan, ahli keluarga akan lebih mudah untuk berkomunikasi dan mereka akan lebih percayakan ahli keluarga sendiri berbanding orang lain.
5. Bahasa tubuh
Biasanya bahasa tubuh lebih banyak menyampaikan maksud daripada apa yang kita fikirkan.
6. Luangkan masa yang berkualiti
Makan bersama-sama dapt membantu untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dengan itu dapatlah kukuhkan lagi ikatan keluarga agar ia lebih akrab lagi.
moga semua mendapat manfaat bersama!