Thursday, August 6, 2020

BaliK kG vS jaMmeD

Kenapa orang sanggup redah jammed 10-12 jam untuk balik kampung?

Sebab pada destinasi tujuan ada kebahagiaan yang jauh lebih besar berbanding kecilnya pengorbanan di dalam kereta.

Orang yang tak faham mungkin akan rasa yang rela ni mungkin gila, dah tahu akan jem nak pergi masuk jugak buat apa?

Sebab nilai yang kita pegang mungkin tidak sama. Payahnya redah jem ni lah buat kita hargai setiap detik masa di kampung bersama keluarga. Kadang-kadang nak tidur lama pun rasa rugi, itu yang borak² sampai jengah jam 3 pagi - pagi esok jam 8 lepas sarapan dah cari aktiviti - Long, kita nak buat apa harini?

Yang memang mak ayah asal bandar takkan rasa, bagaimana beratnya rasa lepas bersalaman nak pulang semula ke kota. Itu yang jem seharian hanya untuk balik sehari semalam pun kami rela. Harini sampai, tidur semalam, pagi esok balik semula.

Kadang-kadang sekadar untuk tunjuk muka, sekadar untuk duduk bercerita, sekadar untuk meluahkan kerinduan di dada.

Eleh - sekarang zaman teknologi, dunia hujung jari. Call je lah, boleh dengar suara. Buat vc boleh nampak muka. Nak balik tambah kereta di jalanraya jugak kenapa?

Sebab ia tidak sama. Memang sama sekali tidak akan sama.

Selagi masih ada yang menunggu kepulangan, setakat jem ni langsung bukan halangan, tak layak langsung dibuat alasan.

Moga jam-jam yang dihabiskan di jalanan dikira amal kebaikan. Ada anak perantauan sedang berjuang - untuk pulang ke kampung halaman.

#EeIsTyping #KemahiranHidup
#HikayatIbnuGhazali

- Perantau since 2007