Thursday, May 7, 2020

nuKiLan #Ustaz Abdul Karim

Hiba sgt bile bce dan penuh rase insaf n sedikit terharu... tiber jumpe post kt fb ustaz... 

IMAN DAN PKP

Ramai yang begitu terdesak dan mendesak ingin bebas dari PKP, sehingga tak peduli lagi dengan SOP. Dengan sedikit kelonggaran yang diberi, nampaknya macam suatu kesempatan untuk melempiaskan diri dari kongkongan. Tak peduli lagi yang perbuatan itu membahayakan nyawa mereka sendiri, keluarga, masyarakat.. bahkan boleh meruntuhkan negara.

Bagi orang beriman, PKP bukan sekatan kebebasan.. tetapi tanggungjawab iman itu sendiri. Orang beriman tidak akan mudah mudah merayau keluar hanya kerana mencari habuan perut yang sebenarnya masih boleh ditoleransikan. Apatah lagi semata mata ingin menyedut udara bebas ke sana kemari tanpa sedar bahaya yang menanti.

Orang beriman melihat menjaga nyawa dan kesihatan diri itu sebagai amanah ALLAH yang tidak boleh dikompromikan. Untuk itu, tidak boleh membiarkan diri ditulari wabak atau virus.. apatah lagi menularkannya kepada orang lain. Islam menghargai nyawa janin hasil persetubuhan haram, inikan pula nyawa orang orang yang sedang menikmati hidup dengan baik, sehat dan banyak menyumbang kepada kehidupan.

Orang beriman diajar melalui ayat 31 surah al Maidah, bahawa barangsiapa yang membunuh satu nyawa, samalah dosanya seperti membunuh semua manusia. Manakala menghidup atau menyelamatkan satu nyawa samalah seperti menyelamatkan nyawa semua manusia. Kerana itu mereka menahan diri di dalam rumah semasa PKP, kerana mengintai ganjaran ALLAH dari usaha menyelamat tadi. Mereka bertahan demi iman, bukan kerana hal hal lain yang kecil dan remeh.

Orang beriman itu sedapat dapatnya tidak akan sanggup menyusahkan orang lain, apatah lagi dalam hal hal yang sebenarnya boleh dielakkan. Mukmin itu diajar Nabi saw agar tidak meminta tolong orang lain mengambil tongkat yang terjatuh di tangannya. Inikan pula dalam soal yang melibatkan hidup mati, soal negara, generasi umat Islam.

Sebab itulah, saya secara peribadi tak hairan bila pihak berkuasa agama menutup Masjid paling awal dan membukanya paling lewat kepada umum.. berbanding institusi lain. Tidak pedui apa orang kata, kerana menjaga nyawa itu adalah maqosid syar’iyyah yang mesti dijaga.

Paling menakutkan jika masjid dan seumpamanya menjadi sarang penukaran virus. Ia umpama bola tanggung kepada kuffar yang sedia membenci Islam, malah juga kepada orang Islam sendiri yang sentiasa sinis terhadap Agamawan dan institusi agama ini. Malah kita bakal kehilangan ramai individu terbaik dalam sesebuah masyarakat. Sudahlah mendapatkan manusia baik itu sulit, kehilangannya lebih payah dicari ganti. Tidakkah ini suatu kehilangan dan kerugian bahkan malapetaka buat ummah?.

Sepatutnya biarlah virus ini memakan korban dari kalangan kuffar lebih ramai, bukannya orang Islam.. kerana merekalah punca pertama penularan dan yang paling banyak melanggar larangan ALLAH. Tapi alangkah sedihnya jika ianya mengorbankan nyawa umat Islam akibat dijangkiti penyakit sombong tak bertempat.

Sekaranglah masanya dunia patut menoleh kepada ISLAM dan umatnya kerana ajarannya. Kalau selama ini amalan menutup aurat dipersenda.. kini dunia baru dapat menilai kebenarannya. Andai selama ini ISLAM dilihat lemah, sekaranglah masanya untuk kita mempertontonkan kekuatan nilai iman yang mampu mendisiplinkan penganutnya.

IMAN yang membuat kita mampu bertahan lama menghadapi wabak yang panjang ini, insyaallah. Ini kerana kekuatan IMAN itu menzahirkan semangat berkorban, bantu membantu, kerjasama yang tinggi. Jika kita berjaya keluar awal dari kemelut ini.. masyarakat dunia akan memandang kita dengan hormat.

IMAN, manakala lemah.. tidak nampak ini semua. Hanya nampak keperluan perut, kebebasan diri, hari raya wajib bersama keluarga, berpakaian baru. Hanya nampak ekonomi tanpa memperhitungkan keselamatan dunia dan akhirat untuk jangka panjang.

#kitamestimenang
#covid19
#kitajagakita