السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu
29 Zulhijjah 1437H
1 Oktober 2016
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنt
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengampun, maka ampunkanlah kesalahan-kesalahan kami.
Ya Allah sayangi lah ibu bapa kami sebagaimana mereka menyayangi dan mendidik kami dengan tekun, sabar dan ikhlas kerana Mu Ya Allah
Ya Allah tambahkan lah rezeki kami dan berkatkanlah umur kami.
Engkau kurniakan kesihatan, keceriaan, kebahagian dan keselamatan sepanjang baki baki umur kami Ya Allah
Ya Allah yang maha penerima taubat dan tuan punya syurga, Engkau tempatkan lah roh ibu bapa kami yang telah pergi menemui Mu bersama sama hamba Mu yang soleh dan solehah dan para nabi-nabi kekasih Mu.
Ya Allah Engkau jadikan lah kubur-kubur mereka sebagai taman-taman syurga tempat kerehatan abadi.
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari fitnah Dajjal.
Ya Allah, baikkan semua urusan kami, dan lindungilah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat.
Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan.
Ya Allah bersihkan diri kami dari riyak, lisan kami dari dusta, dan bersihkan mata kami dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan dalam dada.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Ya Allah kami berlindung kepadaMu dari semua keburukan di dunia dan akhirat.
Ya Allah, semoga kami sentiasa ceria dan sihat.
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ