Monday, August 19, 2013

beLah muLut eiRFan

baru ari nie dapat peluang 'belah mulut' my baby hero eirfan. macam biase ccu yg ke-10 lam fmly nie pun di'belah mulut' oleh my mum. my luvly mok esoh ler kan. ahakssssss... alhamdulillah. 
Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.

'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.


Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. 
- nukilan dari blog rakan -

bismillah...
comot gak slps di'tahnik'...
mok esoh siap pakai comey da nier ble aku kate nk kne amik gambo! ahaksssssss... insya Allah, besor2 sok kompem mulut riuh bebas cam nenek nye jugok nier... kuiii kuiii kuii...! sentapppp!!!