Didiklah anak supaya menjadi anak yang hebat!
11 Rahsia Anak Hebat:
1: Anak hebat punya matlamat yang jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya itu.
2: Anak hebat pentingkan pelajarannya.
3: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuan bagi mengatasi kekurangannya itu.
4: Anak hebat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang.
5: Anak hebat sentiasa muhasabah tindak tanduknya dan memantau prestasi pencapaiannya.
6: Anak hebat sentiasa lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.
7: Anak hebat istiqamah dalam usahanya.
8: Anak hebat sentiasa belajar dari orang lain dan suka hadiri pelbagai program, aktiviti dan seminar yang membuka mindanya.
9: Anak hebat sentiasa ingat Allah.
10: Anak hebat tidak pernah sombong dengan apa yang dicapai atau diperolehinya.
11: Anak hebat sedar bahawa hanya dia yang boleh tolong dirinya bukannya orang lain.