Wednesday, March 12, 2014

meMBeBeL?!


Membebel adalah luahan rasa ketidak puasan hati dripada hati yang merungut  Anak-anak tidak suka mendengar rungutan dan bebelan kerana mereka akan merasakan betapa mereka telah menjadi bebanan kepada orang tua mereka dan bukan sebagai satu tanggungjawab yang harus dibentuk, dilentur, dibimbing dan sebagainya... n menjadi pasif dan murung. Akibat daripada keadaan ini memaksa anak2 remaja mencari teman2 untuk meluahkan perasaan mereka kerana ibubapa was being so unfriendly. 

Mereka menjadi takut untuk berbagi perasaan kepada ibubapa. Daripada sini pula bergantung kpd jati diri, iman daripda didikan agama yg dipelajari daripada orang tua dan mungkin juga sekolah anak itu sendiri dan siapa rakan anak2 itu tadi. Silap2 boleh terjebak gejala sosial. Apabila anak2 dah spoil yg sebenarnya berpunca darpada sikap orang tua itu sendiri (kebanyakan, tidak semua mungkin) anak2 atau rakan anak2 pula yang dipersalahkan atau mungkin dikecam. 

Sebagai orang tua adakah kita telah bersikap adil, penuh kasih sayang dalam mendidik dan membimbing dan melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik dan jayanya atau sekurang2nya berusaha kearahnya? Hmm... bagaimana kita boleh mengubah sikap ibubapa seperti ini?  

tepuk dada tanye selera...

https://www.facebook.com/ibubapacemerlang

Tuesday, March 11, 2014

KuRsus peNguRuSan jeNaZah

@masjid negeri jer. Jommm... Timba ilmu! InsyaAllah
tenkiu kerana bagi peluang join kursus ini... 
ustaz rahim, kan... kelakorrrrr!!!
sessi praktikal bersama ustazah ler plok... xkan ustaz nk tnjuk plok!
agak terkesan... ade sambungan lagi nie... 

Monday, March 10, 2014

maNDikaN baYi

Pengajaran Buat Ibu Bapa: 

Jangan Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk!


Ibubapa hendaklah sentiasa peka kepada keselamatan dan kesihatan anak-anak supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami difahamkan banyak kejadian bayi meninggal dunia terutama di rumah pengasuh kebelakangan ini. Mungkin salah satu sebabnya adalah bayi dimandikan dengan air sejuk.

“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”

Jawapan Dr Zubaidi Ahmad
Wa'alaikummussalam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.
Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, kerana air dingin bisa membuat bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.
Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi. Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, kerana suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.
insyaAllah... perkongsian ini moga mendapat manfaat untuk semua paren... 

LiVe preSentTatiOn

Ari nie mbawa pendengaran n pglihatan kepada persmbhan dari pelatih praktikal @ btm. 2 org jejaka nie seminggu menahan debor nk kne present! Ahaksssss... Muke putih cam gigi da jadi nyeee...
muka memasing mmg da cuak gler sgt da. lum kne present kat lam dewan besor nie. aduhaiiii adik2 ku seme.....!
eKhidmat
ePejabat
barisan panel 'supervisor' yang 'garang' sangattttttt... ahaksssss! 

LeMButkaN haTi aNaK


Amalan untuk melembutkan hati anak-anak dan mewujudkan kasih sayang antara mereka. Amalan ini khusus untuk ibu-ibu sebab doa ibu adalah doa yang paling makbul... bapa-bapa pun boleh juga.. Lebaih baik keduanya bekerjasama memastikan yang terbaik untuk anak-anak.. 


Caranya : 

(1) Niat utk membentuk sikap anak-anak 
(2) Selawat 7x 
(3) Al Fatihah 7x 
(4) Al Ikhlas 7x 
(5) Al Falaq 7x 
(6) An Nas 7x 

Tiup dalam air kegemaran anak dan buat selama 40 hari berturut-turut... 
Insyaallah mujarab.