Saturday, March 21, 2026

kaD raYa

 

raya ke2 doh nie... hahhahahahaaa!!! 

Friday, March 20, 2026

raYa raYa RaYa 2026

 

santai2 raya PDT Kuantan. siap panggil jurufoto SUK thn nie. ahakssssss!!!! 

yg pasti view x comey mcm bergambo kat tmn bandar thn lepas kannn... 

kenangan raya tahun 2026. 2027 tgk lak raya kat mana... ahaksssss!!! 

raMaDaN peRGi duLu

RAMADAN SEDANG BERKEMAS...😭

Kulihat Ramadan sedang berkemas...

Lalu aku bertanya, "Wahai Ramadan, engkau mahu ke mana?"

Ramadan menjawab dengan lembut,

"Aku akan pergi jauh... sangat jauh, selama 11 bulan.

Tugasku di sini hampir selesai.

Sebentar lagi aku akan meninggalkanmu."

Kemudian Ramadan berkata lagi,

"Terima kasih kerana telah menyambut kedatanganku dengan gembira.

Terima kasih kerana menghidupkan malam-malammu dengan doa, zikir dan solat. Terima kasih kerana berusaha menahan lapar dan dahaga demi mencari redha Allah."

"Aku melihat ada yang menangis dalam sujudnya,

ada yang bersedekah tanpa diketahui sesiapa, ada yang kembali membuka Al-Quran setelah lama meninggalkannya.

Semua itu menjadi saksi bahawa hatimu masih mencintaiku."

Ramadan lalu berpesan, "Janganlah engkau berubah setelah aku pergi. Teruskan solatmu, teruskan membaca Al-Quran, teruskan berbuat baik kepada manusia.

Jangan hanya mengenal allah ketika aku datang sahaja."

"Aku akan pergi sebentar, tetapi kenanganku akan tinggal di hatimu.”

"Jika suatu hari nanti engkau merindui aku... angkatlah tanganmu dan berdoalah kepada Allah."

"Berdoalah semoga umurmu dipanjangkan, agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang."

Kerana tidak semua yang pernah bersamaku tahun ini akan sempat bertemu denganku lagi.

Semoga kita termasuk dalam orang yang masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadan sekali lagi dengan hati yang lebih bersih, iman yang lebih kuat & amal yang lebih banyak.

AAMIIN YA ALLAH..🤲🏻

Tuesday, March 10, 2026

PUspaNITA In De HouZE

 

bubur pulut hitam in de houze... alhamdulillah... dapat masak bubur pulut hitam utk ahli puspanita hari nie. numpang sekali pgrm PETANDA yang masak bubur lambuk sempena ramadan nie. 
cheff besor mmg terror. x leh lawan ar. farah masak apa pun sedak! rezeki kami dapat merasa bubur pulut hitam ramadan thn nie. 

klu ada rezeki, thn depan mungkin bubur lain lak kot... hahahahahahaaa!!!! 






Monday, March 9, 2026

potOsHot geNg puSPANITA

kte pestime etek bergambo kat studio gni... hahhahahaaa... jangok kejap ase nye! kih kih kih
geng puspanita beraya guyzs! 






ntoh berapa ramai ler yg bergambo cenggini yerk! maklumler tibe2 studio brader nie meletops guyzsss!!! da makin dikenali ler tu kann



layanz kan jer ler kannnn...!!!