Wednesday, March 25, 2026
maWaR iN dE hZe
Monday, March 23, 2026
doA akHir raMadaN
Dulu arwah mak bagi satu doa ni. Doa akhir Ramadan. Mak pesan hari terakhir Ramadan jangan dok seronok pasal raya lagi.
Tutup Ramadan dengan keindahan doa.
Mak suka. Tapi dia tetap baca doa Alhir Ramadan. Dia tulis. Bagi kat saya. Siap kata kena siap hafal.
اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا شَهْرَ رَمَضَانَ بِرِضْوَانِكَ، وَالْعِتْقِ مِنْ
نِيْرَانِكَ، وَاجْعَلْ مَآلَنَا إِلَى جَنَّاتِكَ.
إِلَهَنَا مَنْ نَقْصِدُ وَأَنْتَ الْمَقْصُودُ، وَمَنْ الَّذِي نَسْأَلُ
وَأَنْتَ صَاحِبُ الْكَرَمِ وَالْجُودِ.
• Ya Allah, akhiri bagi kami bulan Ramadhan dengan keredhaan-Mu.
• Dan bebaskanlah kami daripada api neraka-Mu.
• Dan jadikanlah syurga-Mu tempat kembali kami.
• Tuhan kami, kepada siapakah yang kami tuju sedangkan Engkaulah tujuan kami.
• Dan kepada siapakah lagi kami meminta sedangkan Engkaulah pemilik kemuliaan dan kedermawanan.
In shaa Allah sama sama kita amalkan. Semoga ibadah kita Allah terima sepanjang bulan Ramadan ini. Aamiin
Saturday, March 21, 2026
Friday, March 20, 2026
raYa raYa RaYa 2026
raMaDaN peRGi duLu
RAMADAN SEDANG BERKEMAS...😭
Kulihat Ramadan sedang berkemas...
Lalu aku bertanya, "Wahai Ramadan, engkau mahu ke mana?"
Ramadan menjawab dengan lembut,
"Aku akan pergi jauh... sangat jauh, selama 11 bulan.
Tugasku di sini hampir selesai.
Sebentar lagi aku akan meninggalkanmu."
Kemudian Ramadan berkata lagi,
"Terima kasih kerana telah menyambut kedatanganku dengan gembira.
Terima kasih kerana menghidupkan malam-malammu dengan doa, zikir dan solat. Terima kasih kerana berusaha menahan lapar dan dahaga demi mencari redha Allah."
"Aku melihat ada yang menangis dalam sujudnya,
ada yang bersedekah tanpa diketahui sesiapa, ada yang kembali membuka Al-Quran setelah lama meninggalkannya.
Semua itu menjadi saksi bahawa hatimu masih mencintaiku."
Ramadan lalu berpesan, "Janganlah engkau berubah setelah aku pergi. Teruskan solatmu, teruskan membaca Al-Quran, teruskan berbuat baik kepada manusia.
Jangan hanya mengenal allah ketika aku datang sahaja."
"Aku akan pergi sebentar, tetapi kenanganku akan tinggal di hatimu.”
"Jika suatu hari nanti engkau merindui aku... angkatlah tanganmu dan berdoalah kepada Allah."
"Berdoalah semoga umurmu dipanjangkan, agar kita dapat bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang."
Kerana tidak semua yang pernah bersamaku tahun ini akan sempat bertemu denganku lagi.
Semoga kita termasuk dalam orang yang masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadan sekali lagi dengan hati yang lebih bersih, iman yang lebih kuat & amal yang lebih banyak.
AAMIIN YA ALLAH..🤲🏻
Tuesday, March 10, 2026
PUspaNITA In De HouZE
Monday, March 9, 2026
potOsHot geNg puSPANITA
Saturday, January 24, 2026
siS PUSPANITA
Tuesday, January 20, 2026
keHiLangaN

.jpg)


.jpeg)
.jpeg)



.jpg)
.jpg)


















